Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Hubungi

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

email
masdalifadzlie@gmail.com

facebook

twitter

www.tips-fb.com

Karya

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Cereka Sains
1996 - Rahsia Peti
Tempat Pertama
Pertandingan Cereka Sains Kebangsaan anjuran UKM, kategori pelajar sekolah menengah

2005 - Rahasia Bendahara
Tempat Pertama
Pertandingan Cereka Sains Kebangsaan anjuran Karyanet/DBP, kategori pelajar IPT

Novel
2009 - Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan (PTS Fortuna)
2010 - 10 Juta Pulu$ (PTS Fortuna)

www.tips-fb.com

Penulis

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Dilahirkan pada 14 Februari 1979 di Felda Bukit Besar, Kulai, Johor, Masdalifadzlie M Saaid merupakan anak sulung daripada lima beradik. Meskipun dilahirkan di Johor, beliau dibesarkan dan mendapat pendidikan awal di wilayah Jengka, Pahang.

Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun, Terengganu hingga tamat SPM sebelum berjaya memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian dari Universiti Multimedia. Kini beliau bertugas di sebuah syarikat IT di ibu negara sebagai jurutera perisian.

Kecintaan terhadap bahasa dan penulisan lahir sejak kecil lagi. Kebanyakan novel yang dibaca adalah bergenre sains fiksyen dan fantasi. Novel yang menjadi pencetus kecintaan itu adalah novel bersiri Saga Artakusiad (DBP, 1987-1991) karya Ahmad Patria Abdullah. Pada tahun 2002, beliau dipertemukan dengan Ahmad Patria, dan bermulalah proses pembelajaran penulisan secara formal dan tidak formal.

Beliau juga banyak membaca karya Faisal Tehrani seperti 1515 dan 1511[Kombat]. Jadi tidak hairanlah, gaya penulisan beliau adalah campuran Ahmad Patria dan Faisal Tehrani.

www.tips-fb.com