Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Godaan KLS: Peta Indera Wangsa

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Ini adalah peta fantasi Indera Wangsa, yang menjadi 'lokasi' penceritaan Kembara Lang Surya. Pendigitalan lakaran pensil peta ini telah dilakukan oleh Febria Milda, seorang teman di MMU. Peta ini juga telah menjalani beberapa evolusi, dan ini adalah evolusi terkini Indera Wangsa. Seboleh-bolehnya aku ingin menerapkan nilai-nilai kesenian Islam-nusantara dalam peta ini dan ianya boleh dilihat pada bingkai peta, juga petunjuk arah mata angin. Jika berlaku lagi penambahbaikan peta ini, kemungkinan besar akan dilakukan pada ciri-ciri tersebut.

www.tips-fb.com