Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Godaan KLS

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Alhamdulillah, siri pertama Kembara Lang Surya: Pendita Gua Khayalan telah pun siap ditulis. Manuskrip setebal 214 muka surat ini bakal disunting buat kali terakhir sebelum berakhir bulan 5 nanti.

Ini adalah versi ketiga di mana manuskrip asal (yang telah ditulis pada 2005) telah dipecahkan kepada 3 bahagian, dan jalan cerita serta beberapa watak utama digubal bagi menyahut cabaran kritikan-kritikan positif untuk dua versi terdahulu.

Seperti yang telah diwar-warkan, insya'Allah KLS: Pendita Gua Khayalan bakal diterbitkan pada tahun ini. Aku tak tahu bila, dan aku masih mencari penerbit yang sudi menerbitkan novel bergenre fantasi ini. Doa-doa sahaja semuanya berjalan lancar.. Amin


www.tips-fb.com