Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Berita Dari Seorang Editor

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Alhamdulillah, akhirnya cadangan bagi menerbitkan KLS di bawah kelolaan PTS Sdn. Bhd telah pun diluluskan. Editor novel-novel jantan di PTS, saudara Syafizan (Mat Jan) baru sahaja memberitakan hal ini menerusi email.

"Salam.

Saya sudah selesai membaca proposal dan contoh bab Kembara Lang Surya. Ia sangat menepati konsep novel fantasi Melayu yang PTS ingin terbitkan.

Di samping itu, saya juga mendapati tulisan saudara sangat berkualiti dari segi bahasa dan jalan cerita.

Proposal saudara diluluskan. PTS menanti manuskrip penuh Kembara Lang Surya untuk proses selanjutnya.

Sekian, terima kasih."



Alhamdulillah syukur..
ps: Nantikan bahagian ke II daripada Bab 2 KLS selewat-lewatnya esok!

www.tips-fb.com

2 comments:

On 12 Mei 2009 12:42 PTG , k0m4nd3r berkata...

Esok? hoho.. lambatnye..

 
On 16 Mei 2009 12:57 PTG , elaira berkata...

sungguh kembang hidungku membaca perutusan dari memanda mat jan. syabassss inspektor sahab!!! aku tak sabar nak baca buku ni, sebab dah ada suntingan yg byk berbanding manuskrip yg aku baca di tahun 2006... boleh tgk gamba aa > http://shw.elaira.fotopages.com/12382593/upacara-penyerahan-Hikayat-Lang-Surya-kepada-Sempoii.html

hehehehe... tahniah jundak the award-winning-writer (rahsia bendahara) clap! clap! clap!