Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Ahmad Patria dan 'Mantera Penarik'nya.

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Ini adalah satu penghormatan tertinggi yang pernah aku terima dalam bidang penulisan, hadir daripada Ahmad Patria (raja penulis fantasi di Malaysia). Kata-kata ini akan disematkan di kulit belakang KLS-Pendeta Gua Khayalan sebagai 'mantera penarik'. Hehehehe..


"Pendeta Gua Khayalan amat menarik terutamanya bagi mereka yang meminati penulisan genre fantasi. Ianya menguja imaginasi sebagai karya sulung daripada trilogi Kembara Lang Surya yang hebat ini.

Meskipun karya pertama, namun Masdalifadzlie M Saaid mempamerkan bakat yang luar biasa selari dengan anugerah yang pernah diraih iaitu pemenang Cereka Sains Kebangsaan 1996 (anjuran UKM) dan 2005 (anjuran Karyanet/DBP).

Beliau menghasilkan sebuah kisah pengembaraan kaya dengan imaginasi, yang menepati ciri-ciri fantasi tinggi. Novel ini satu bacaan yang perlu bagi peminat fantasi."
Ahmad Patria Dato' Abdullah
penulis novel bersiri Saga Artakusiad.


Terima kasih kepada Abg Pat di atas 'mantera penarik' ini.


www.tips-fb.com

7 comments:

On 19 Ogos 2009 11:44 PG , k0m4nd3r berkata...

Congrats! tapi harap2 leh sambung kat sini lagi satu part jadi lah..

 
On 19 Ogos 2009 5:42 PTG , Odetakhun Jundak berkata...

hmmmm nak satu chapter lg ke? tgk laa camne.. hahahaha

 
On 19 Ogos 2009 10:19 PTG , elaira berkata...

huhu... tu dia.

tahniah jundak... nanti kita lancarkan KLS di majlis buka puasa ADN... harap2 sempat laa siap b4 12 sept. kalau tak... kita buat satu majlis berasingan... masa majlis hari raya ADN plak ;)

tahniah panglima! kipitap!

p/s: tak pueh hati aa ngan mata elang kat cover tu.. roshhh kasik ejas... hehehhe

 
On 20 Ogos 2009 12:12 PG , xara berkata...

hamboi, dahsyatnya mentera penarik dia..

 
On 20 Ogos 2009 12:14 PG , xara berkata...

btw xde previu kulit buku ke?

 
On 20 Ogos 2009 12:14 PTG , Odetakhun Jundak berkata...

kulit buku? sabar ek.. tak dapat confirmation drpd vovin lg guna kulit buku yg mana.. dh dpt nnt akan diupdatekan ;)

 
On 21 Ogos 2009 7:00 PG , k0m4nd3r berkata...

kullit buku xde, kulit durian kene carik ah.. ahahaha.. hoho.. selamat pose bro..