Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Bila Magis Mula Bertebaran..

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Assalamualaikum wbt.

Syukur alhamdulillah. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya 'Sang Pendeta' kini mula bermagis dan bermantera. 60 naskah berjaya di bawa keluar dari gudang buku PTS di Batu Caves. Ini adalah orang pertama yang pasrah merelakan dirinya dimagisi oleh 'Sang Pendeta'.



Pekerja OAS Sdn Bhd juga sudah mendapatkannya. Anda bila lagi?



Kesemua mereka memperoleh 'Sang Pendeta' yang masih panas, masih segar. Baru sahaja keluar dari pertapaan di gudang buku milik PTS. Setahu aku, 'Sang Pendeta' masih belum diedarkan ke mana-mana toko buku. Mungkin pada pertengahan Oktober nanti. Teruja bagi mendapatkannya lebih awal?

Ok, sesiapa yang berminat mendapatkan naskah ini, sila emailkan pesanan anda ke masdalifadzlie[at]gmail[dot]com dengan tajuk PESANAN KLS-PGK. Sila nyatakan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM14.00 tidak termasuk caj pos (jika mahu diposkan). Cara pembayaran adalah melalui maybank/cimb dan akan diterangkan melalui balasan email daripada saya.

Kepada mereka yang sudah mendapatkannya, selamat membaca dan selamat berfantasi ke dunia Indera Wangsa!




www.tips-fb.com

Salam Seribu Kemaafan

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Aidilfitri kian mendekat, 'Sang Pendeta' pula semakin hampir menjengah ke dunia kita. Pada tanggal 18hb September 2009, dijangka gudang buku milik PTS di Batu Caves akan menjadi tempat pertapaan sementara 'Sang Pendeta'. Selepas perayaan Aidilfitri, mantera dan magis 'Sang Pendeta' akan bertebaran ke seluruh negara, terutamanya di toko-toko buku terkenal tanahair.

Aku dimaklumkan kakitangan PTS akan berhari raya selama seminggu. Jadi bagi semua yang menempah, aku menagih secubit kesabaran, sekurang-kurangnya hingga awal Oktober. Kalau belum cukup simpanan RM14, boleh kutip duit raya banyak-banyak kasi cukup. Hehehe..

Sehingga itu, Salam Seribu Kemaafan Zahir & Batin, Salam Aidilfitri untuk semua!

ps: Jangan pula dipecah masuk gudang buku PTS time cuti raya ni, ya!


www.tips-fb.com

Kelahiran Pendeta Yang Dinanti

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, sambutan awal siri pertama trilogi KLS, Pendeta Gua Khayalan amat memberangsangkan. Sehingga kini walaupun masih dalam proses cetakan, sebanyak 41 tempahan naskah telah pun aku terima. Semuanya datang dari teman-teman dan keluarga. Aku masih belum berani membuka tempahan kepada umum. Biarlah 'Sang Pendeta' benar-benar lahir, barulah boleh berurus tempah melalui aku.

Bagi semua tempahan, akan dicoretkan tanda tangan penulis di muka pertama novel. Diharap ianya dapat memenuhi kepuasan bakal si pemilik nanti. Insya'Allah.

Kepada yang sudah menempah, aku bermohon secebis kesabaran daripada kalian. Percayalah, kelahiran ini sedang aku nantikan dengan paluan debar..


www.tips-fb.com

Terkini tentang Pendeta Gua Khayalan

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Cuti panjang hujung minggu (merdeka!) membuatkan aku terlupa memberitahu sesuatu. Vovin telah menghantar kemaskini terakhir wajah novel Pendeta Gua Khayalan. Mari kita lihat wajah sebenar yang bakal menemui kita nanti.




Ini pula adalah 'mantera pelaris' oleh Ahmad Patria.




Dan ini adalah harga sebenarnya..




Haaa.. RM14.00 di Semenanjung dan RM16.00 di Sabah/Sarawak. Murah jeeeee.. Dah berapa banyak dah kumpul?


www.tips-fb.com