Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Penularan Magis 'Sang Pendeta'

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid



Rajah di atas menunjukkan statistik tempat asal musafir-musafir yang singgah di Indera Wangsa baru-baru ini. Bandingkan statistik pada 4 hari lalu di sini.
Bisakah penularan magis 'Sang Pendeta' mencapai tahap 'pandemik'?

Nota: Statistik disediakan oleh StatCounter.com

www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di Utusan Malaysia

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid



Alhamdulillah, nampaknya PTS sudah memulakan 'gegaran gempa' bagi menghasilkan gelombang kedua. Pagi tadi, tiba-tiba aku didatangi sms daripada Efzet. Katanya 'Sang Pendeta' dipromosikan di sisipan Yo!, Utusan Malaysia hari ini. Bergegas aku mendapatkan naskah warta nasional tersebut - dan gambar di atas adalah kenangan yang menyimpan lonjakan hati pada hari ini.

Terima kasih kepada Efzet yang sudi membelanjakan RM0.10 untuk setiap sms yang ditujukan kepada aku. Jasamu dikenang!


www.tips-fb.com

Musafir di Indera Wangsa

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid



Di atas adalah peta statistik musafir yang menjenguk Indera Wangsa untuk tempoh seminggu terkini. Fajar mewakili United Kingdom (Glasgow), Silence mewakili UAE (Dubai), dan yang lain-lain bertaburan di Malaysia. Ada dua musafir misteri, salah satunya mewakili Indonesia (tidak menghairankan kerana kedudukan geografi dan bahasa pertuturan yang tidak banyak beza). Cuma satu musafir dari China ni agak memusykilkan...

Nota: Statistik disediakan oleh StatCounter.com



www.tips-fb.com

Gelombang Magis Kedua

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Dalam kejadian tsunami, gelombang pertama yang melanggar dan merempuh bandar di pesisir pantai adalah bersifat amaran. Korban yang diragut tidak banyak, dan kerosakan tidak begitu ketara. Kemudian datang gelombang kedua, dan kali ini ianya bersifat pemusnah. Itulah yang kita takuti apabila H1N1 dikatakan bakal mengalami fenomena gelombang kedua.

Magis 'Sang Pendeta' juga bersifat gelombang. Gelombang pertama bermula selepas seminggu Aidilfitri, dan sebulan kemudian gelombang tersebut semakin surut. Daripada 120 naskah yang dipesan dari gudang PTS, kini hanya berbaki 5 naskah (siapa cepat dia dapat!).
Apa yang aku nantikan sekarang adalah gelombang kedua. Tanda-tanda kecil kedatangan gelombang kedua juga sudah jelas. Petanda pertama? Lamantama PTS Sdn Bhd telah dikemaskini dan wajah 'Sang Pendeta' yang segak berjulang obor menghiasi dada lamantama.




Petanda kedua? Laman Facebook milik PTS juga sudah dikemaskini. Juga terdapat wajah 'Sang Pendeta', seolah-olah menjerit dan melontarkan mantera ke alam siber.




Aku berharap dengan izin-Nya, gelombang kedua magis 'Sang Pendeta' benar-benar membadai toko-toko buku di seluruh negara (bonus kalau tertempias dan melimpah ke negara jiran) dan seterusnya memfenomenakan kembali genre fantasi dalam dunia penulisan novel tanahair.


<> Tahniah kepada Dr. Anwar Ridhwan atas pemasyhuran Sasterawan Negara.



www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' terbang ke Glasgow

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, setelah seminggu perjalanan membelah udara dan merentas belahan benua, 'Sang Pendeta' kini selamat tiba di Glasgow, Scotland. Terima kasih kepada saudara Fajar Manap yang telah memesan naskah ini. Fajar juga telah mengabadikan kegembiraan menerima naskah ini di facebooknya (kalau tak boleh view, sila minta pengesahan menjadi rakan kepada Fajar).

Masuk minggu ketiga, kerancakan jualan naskah ini semakin perlahan. Pada minggu pertama, 60 naskah berjaya dijual panas-panas. Kemudian pesanan 30 naskah dari gudang PTS habis dalam masa satu hari. Aku terpaksa memesan 30 naskah lagi pada keesokan hari. Daripada 30 naskah terakhir yang dipesan, kini hanya tinggal 13 naskah sahaja. Itu pun 5 naskah telah ditempah oleh Badrul yang kini berada di Dubai (terbang ke Dubai pula lepas ni). Katanya, ingin diambil ketika pulang sebentar ke Malaysia pada awal November nanti.

Pembeli naskah ke 100? Jatuh kepada saudari Nurul Liyana Omar, dari Johor Bahru, memesan melalui pos. Sayangnya tiada gambar kegembiraan yang dapat dikongsi di sini. Semoga 'Sang Pendeta' berjaya memikat hatinya.

Bagi yang ingin memesan melalui pos, sila emelkan jumlah pesanan, nama dan alamat ke masdalifadzlie[at]gmail[dot]com. Cara pembayaran adalah secara online melalui Maybank2u atau Cimbclicks. Jumlah bayaran dan nombor akaun akan diberitahu kemudian.


www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di PRIMA dan Kapasitor.net

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, setelah 2 minggu keluar daripada pertapaan di gudang PTS, sehingga hari ini sebanyak 99 naskah telah terjual. Tertanya-tanya juga siapakah yang bertuah bakal menjadi pemilik naskah yang ke 100? Harapnya dapat diambil gambar si pembeli dan diabadikan di layar Indera Wangsa ini.

Sepanjang minggu lepas juga, aku berjaya mengesan dua promosi maya (di internet) yang dilakukan secara percuma dan pada aku, mereka ini ikhlas membantu. Selain Elaira, Sempoii, k0m4nd3r dan Linda (yang awal-awal lagi sudah 'menyelitkan' Pendeta Gua Khayalan di blog mereka sebaik menerima naskah), muncul pula PRIMA dan Kapasitor.net berbicara dan mempromosikan 'Sang Pendeta'.

PRIMA adalah blog peribadi allahyarham Dharmala NS, seorang penulis yang tidak kurang gah namanya di Malaysia. Kini blog tersebut diteruskan kelangsungannya dan diselenggarakan oleh anak Pak Dharma sendiri. Anaknya juga tidak kurang hebat, mewarisi bakat penulisan yang tegar.

Kapasitor.net pula bukanlah satu nama/tempat yang asing bagi penulis-penulis 'bawah tanah'. Aku juga sering berkarya di sana. Laman ini pernah disenarai pendek sebagai finalis APICTA Award 2008 (maaf aku tak ingat kategori apa). Bagi sesiapa yang ada keinginan berkarya secara suka-suka atau serius, boleh jadikan kapasitor.net sebagai permulaan. Di situ terdapat banyak 'mata' dari penerbit-penerbit yang mencari bakat baru dunia penulisan.




www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' Terima Maklum Balas

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Sehingga hari ini, aku mendapat dua respon awal daripada dua pembaca Pendeta Gua Khayalan. Yang pertama di blog peribadi k0m4nd3r, dan yang kedua di forum cari.com.my. Aku pun tak sangka begitu cepat magis 'Sang Pendeta' menerobos forum cari. Bagi yang masih tertanya-tanya jalan ceritanya, bolehlah membaca respon kedua-dua pembaca ini. Cuma aku ingin memberi amaran, respon mereka mungkin mengandungi spoiler yang boleh mengganggu pembacaan anda.

Dan sehingga hari ini, setelah seminggu mengambil 60 naskah PGK dari gudang PTS, baki yang tinggal adalah sifar! Itu pun masih ada pesanan yang inginkan novel ini. Nampak gayanya sebelum Jumaat ini aku terpaksa ke gudang lagi bagi mengambil naskah tambahan. Alhamdulillah..



www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di Lavender Heights, Seremban

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Alhamdulillah, majlis pelancaran Pendeta Gua Khayalan secara kecil-kecilan atas inisiatif Kelab Aurora (Kelab Peminat Saga Artakusiad) selamat dijalankan di rumah Ahmad Patria (penulis Saga Artakusiad), Lavender Heights, Seremban.

Majlis yang diselitkan dalam rumah terbuka Aidilfitri ini dilakukan secara santai dan tidak formal. Mari kita saksikan gambar-gambar di sekitar majlis. Biar gambar-gambar tersebut yang menceritakan.


Bergambar bersama pendeta sebenar, Ahmad Patria Dato' Abdullah.


Sempoii dan anak-anaknya memborong 6 naskah 'Sang Pendeta'.


Salah seorang pembeli mendapatkan tanda tangan penulis.


Giliran penulis mendapatkan tanda tangan daripada Rosh, illustrator kulit hadapan 'Sang Pendeta'.


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan juataan terima kasih kepada ahli-ahli kelab Aurora yang datang memeriahkan kedua-dua majlis. Setinggi penghargaan kepada Ahmad Patria yang sudi menjadikan rumah beliau sebagai tempat pelancaran Pendeta Gua Khayalan.

Semoga magis 'Sang Pendeta' bertebaran ke seluruh penjuru dunia! Insya'Allah, amiinnn...


www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di Salak Tinggi

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid

Khir atau panggilan manjanya, Lomak telah menjemput aku ke rumah terbuka Aidilfitrinya di Salak Tinggi. Memandangkan rakan-rakan aku di MMU dahulu turut hadir, aku membawa naskah yang telah mereka tempah ke rumah Lomak. Dan 'Sang Pendeta' menjalankan tugasnya..








Alhamdulillah, 'Sang Pendeta' berjaya memagiskan 5 orang di rumah Lomak.



www.tips-fb.com

Pelancaran Pendeta Gua Khayalan

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, selama tiga hari ke sana ke mari, hampir 30 naskah KLS-PGK berjaya diagihkan kepada mereka yang menempah. Bagi mereka yang masih menanti, diharap bersabar kerana ketegasan masa membataskan aku daripada bertemu janji dengan para penempah. Insya'Allah bakinya bakal diagihkan secara berperingkat.

Aku sentiasa menanti respon daripada mereka yang telah memiliki dan yang bakal memiliki 'Sang Pendeta'. Harapnya dapatlah dicoretkan sedikit sebanyak pandangan di sini. Semoga ianya bisa membantu menaiktaraf kualiti penulisan aku di masa hadapan.

Pada hari Ahad (4hb Oktober) ini, saudara Ahmad Patria akan mengadakan rumah terbuka di Seremban. Di kesempatan itu juga, ahli kelab aurora (peminat Ahmad Patria) akan menganjurkan mini pelancaran Pendeta Gua Khayalan. Bagi yang punya kelapangan, dijemput hadir bagi memeriahkan suasana hari raya dan pelancaran novel ini. Jumpa di sana!



www.tips-fb.com