Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Gelombang Magis Kedua

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Dalam kejadian tsunami, gelombang pertama yang melanggar dan merempuh bandar di pesisir pantai adalah bersifat amaran. Korban yang diragut tidak banyak, dan kerosakan tidak begitu ketara. Kemudian datang gelombang kedua, dan kali ini ianya bersifat pemusnah. Itulah yang kita takuti apabila H1N1 dikatakan bakal mengalami fenomena gelombang kedua.

Magis 'Sang Pendeta' juga bersifat gelombang. Gelombang pertama bermula selepas seminggu Aidilfitri, dan sebulan kemudian gelombang tersebut semakin surut. Daripada 120 naskah yang dipesan dari gudang PTS, kini hanya berbaki 5 naskah (siapa cepat dia dapat!).
Apa yang aku nantikan sekarang adalah gelombang kedua. Tanda-tanda kecil kedatangan gelombang kedua juga sudah jelas. Petanda pertama? Lamantama PTS Sdn Bhd telah dikemaskini dan wajah 'Sang Pendeta' yang segak berjulang obor menghiasi dada lamantama.




Petanda kedua? Laman Facebook milik PTS juga sudah dikemaskini. Juga terdapat wajah 'Sang Pendeta', seolah-olah menjerit dan melontarkan mantera ke alam siber.




Aku berharap dengan izin-Nya, gelombang kedua magis 'Sang Pendeta' benar-benar membadai toko-toko buku di seluruh negara (bonus kalau tertempias dan melimpah ke negara jiran) dan seterusnya memfenomenakan kembali genre fantasi dalam dunia penulisan novel tanahair.


<> Tahniah kepada Dr. Anwar Ridhwan atas pemasyhuran Sasterawan Negara.



www.tips-fb.com