Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Pelancaran Pendeta Gua Khayalan

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, selama tiga hari ke sana ke mari, hampir 30 naskah KLS-PGK berjaya diagihkan kepada mereka yang menempah. Bagi mereka yang masih menanti, diharap bersabar kerana ketegasan masa membataskan aku daripada bertemu janji dengan para penempah. Insya'Allah bakinya bakal diagihkan secara berperingkat.

Aku sentiasa menanti respon daripada mereka yang telah memiliki dan yang bakal memiliki 'Sang Pendeta'. Harapnya dapatlah dicoretkan sedikit sebanyak pandangan di sini. Semoga ianya bisa membantu menaiktaraf kualiti penulisan aku di masa hadapan.

Pada hari Ahad (4hb Oktober) ini, saudara Ahmad Patria akan mengadakan rumah terbuka di Seremban. Di kesempatan itu juga, ahli kelab aurora (peminat Ahmad Patria) akan menganjurkan mini pelancaran Pendeta Gua Khayalan. Bagi yang punya kelapangan, dijemput hadir bagi memeriahkan suasana hari raya dan pelancaran novel ini. Jumpa di sana!



www.tips-fb.com

1 comments:

On 3 Oktober 2009 9:35 PG , k0m4nd3r berkata...

Sori bos, aku lom ade kesempatan lagi untuk menghabiskan pembacaan. Daya ingatan xcukup untuk menyimpan memori kesinambungan macam tu. Satu bab di sambung bab yang lain, so, agak x sesuai nk di baca dalam keadaan hari2 bz macam nih. Nanti akan ku tulis sinopsisnya di blog aku. tapi serius, part editor's cut tu memang lawak tahap pecah perut. Lari sekejap dari serius kan? :D