Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






'Sang Pendeta' di PRIMA dan Kapasitor.net

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, setelah 2 minggu keluar daripada pertapaan di gudang PTS, sehingga hari ini sebanyak 99 naskah telah terjual. Tertanya-tanya juga siapakah yang bertuah bakal menjadi pemilik naskah yang ke 100? Harapnya dapat diambil gambar si pembeli dan diabadikan di layar Indera Wangsa ini.

Sepanjang minggu lepas juga, aku berjaya mengesan dua promosi maya (di internet) yang dilakukan secara percuma dan pada aku, mereka ini ikhlas membantu. Selain Elaira, Sempoii, k0m4nd3r dan Linda (yang awal-awal lagi sudah 'menyelitkan' Pendeta Gua Khayalan di blog mereka sebaik menerima naskah), muncul pula PRIMA dan Kapasitor.net berbicara dan mempromosikan 'Sang Pendeta'.

PRIMA adalah blog peribadi allahyarham Dharmala NS, seorang penulis yang tidak kurang gah namanya di Malaysia. Kini blog tersebut diteruskan kelangsungannya dan diselenggarakan oleh anak Pak Dharma sendiri. Anaknya juga tidak kurang hebat, mewarisi bakat penulisan yang tegar.

Kapasitor.net pula bukanlah satu nama/tempat yang asing bagi penulis-penulis 'bawah tanah'. Aku juga sering berkarya di sana. Laman ini pernah disenarai pendek sebagai finalis APICTA Award 2008 (maaf aku tak ingat kategori apa). Bagi sesiapa yang ada keinginan berkarya secara suka-suka atau serius, boleh jadikan kapasitor.net sebagai permulaan. Di situ terdapat banyak 'mata' dari penerbit-penerbit yang mencari bakat baru dunia penulisan.




www.tips-fb.com