Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Penangan Puan Ainon

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Secara tiba-tiba, laman Indera Wangsa ini menerima kunjungan yang luar biasa. Aku begitu terkejut melihat angka musafir yang singgah di Indera Wangsa naik mendadak. Dan carta yang disediakan oleh statcounter.com membuktikan apa yang aku sedari bukanlah mimpi.



Aku pun tertanya-tanya. Apa yang membuatkan Indera Wangsa tiba-tiba dikunjungi ramai? Pasti ada penyebabnya! Pertanyaan itu hanya terjawab tengahari tadi apabila penulis novel sai-fai Virus L (juga bekas teman sepejabat), Suri Mawarne memberitahu yang Puan Ainon (peneraju PTS Sdn Bhd) menyematkan Dunia Indera Wangsa di blognya - www.universitipts.com.



Tidak dinafikan, pengaruh Puan Ainon begitu besar di PTS dan dunia penulisan. Lihat sahaja statistik pada hari Ahad dan Isnin setelah Puan Ainon mempromosikan Indera Wangsa di blognya pada hari Ahad, 22 Nov. Penangan Puan Ainon memang hebat!

Jadi di kesempatan ini, ingin diucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainon yang sudi mencanangkan Indera Wangsa kepada peminat-peminatnya. Juga kepada Vovin yang memanjangkan Dunia Indera Wangsa ke pengetahuan Puan Ainon.


www.tips-fb.com

SOLD OUT!

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid




Aku baru sahaja balik dari Salak Tinggi, sempat singgah sebentar di Alamanda untuk upacara mengalas perut (makan malam). Sebelum pulang, sempat masuk ke MPH bagi sessi pemeriksaan ringkas ke atas 'Sang Pendeta'.

Pada mulanya, aku dapati Pendeta Gua Khayalan tiada di rak buku terkini. Jadi aku periksa bilangan stok di sistem kiosk mereka - ada 16 naskah. Aku cari pula di rak-rak novel - juga tiada. Hmmm.. mungkin diletakkan di rak buku kanak-kanak? Tiada juga.

Kerana rasa tidak puas hati, aku bertanya kepada pekerja mereka di kaunter pertanyaan. Jawapan cik kaunter senang sahaja, "Novel tu dah sold out, bang! Info dalam kiosk ni tak update lagi."

Dalam hati aku, "Alhamdulillah!"

Moral: Bagi yang ingin mendapatkan 'Sang Pendeta' di MPH Alamanda, dinasihatkan agar sabar menunggu mereka membuat pengambilan stok bagi bulan Disember.



www.tips-fb.com

7 Hilang Dalam Tempoh 90 Minit

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Minggu lepas hari rabu, aku ke Jusco Cheras Selatan selepas kerja. Niat dihati ingin menonton filem 2012, malangnya tiket telah habis ditempah dan terpaksa menonton Pisau Cukur (boleh la kalau setakat nak melayan gedik Fazura). Tapi aku bukan nak cerita tentang Pisau Cukur di sini. Di sini hanya cerita tentang penulisan aku. Hehehe..

Aku sempat masuk ke Popular Bookstore sebelum tayangan Pisau Cukur bermula. Aku dapati Pendeta Gua Khayalan diletakkan di rak novel remaja (kira ok la daripada ditempatkan di rak buku kanak-kanak!). Namun begitu ianya diletakkan di rak yang terbawah. Jadi bagi memuaskan hati aku, aku alihkan separuh daripada 16 naskah yang dipamer ke rak yang separas dengan mata (strategi kena betul.. hehehe). Dan kemudian aku tinggalkan sebelum masuk ke panggung.

90 minit, filem Pisau Cukur pun tamat. Aku kembali ke Popular Bookstore dengan niat kali ini bagi mengalihkan kesemua naskah ke rak separas mata. Namun apa yang aku dapati, kesemua naskah 'Sang Pendeta' sudah pun disusun semula dan diletakkan di rak separas mata. Dan bila aku kira semula, baki yang ada di rak hanya tinggal 9 naskah.

Ke mana hilangnya 7 naskah 'Sang Pendeta'? Adakah 7 naskah tersebut dibeli orang dalam tempoh 90 minit? Atau Popular Bookstore sengaja menyorokkan stok? Tapi kalau sorokkan stok kenapa hanya 7 naskah? Kenapa tidak semua?


www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di Plaza Angsana, JB

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Aku baru sahaja dihubungi oleh skuad peninjau di Johor (adik-adik & mak aku). Mereka berada di kedai buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana. Tujuan mereka hanya satu, memastikan magis 'Sang Pendeta' sudah berada di sana.

Pada mulanya mereka tidak ketemu. Namun setelah bertanya kepada pekerja kedai tersebut, rupa-rupanya Pendeta Gua Khayalan diletakkan di barisan rak buku kanak-kanak! Ish-ish-ish..

Jadi, ketua skuad peninjau (mak aku) membuat komplen, dan pihak Badan Cemerlang mengubah kedudukan 'Sang Pendeta' serta merta. Terima kasih kepada pihak kedai yang mengambil tindakan pantas dan tuntas!

Skuad peninjau juga melaporkan, beberapa toko buku di Kluang juga sedang mempamerkan 'Sang Pendeta' di rak-rak buku mereka. Jadi bagi mereka yang berada di selatan tanahair, boleh mendapatkan 'Sang Pendeta' di toko-toko buku berdekatan.

Semoga ketemu 'Sang Pendeta'!

www.tips-fb.com

'Sang Pendeta' di MPH Alamanda

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Semalam, salah seorang pembaca Pendeta Gua Khayalan, Kaizar memberitahu dia membeli 'Sang Pendeta' di MPH Midvalley. Kemudian, Attokz pula melaporkan, stok 'Sang Pendeta' di MPH Midvalley hanya tinggal 5 naskah. Disebabkan aku demam hari ini dan cuti sakit, aku singgah di MPH Alamanda (ketika badan masih kehangatan) bagi meninjau magis 'Sang Pendeta'. Ternyata, magis 'Sang Pendeta' sudah berada di situ, 18 naskah kesemuanya.




Aku tak puas hati sebab 'Sang Pendeta' tidak disusun di rak 'Terbitan Terkini'. Jadi, aku ambil beberapa naskah dan meletaknya di rak tersebut (sebelah buku Faisal Tehrani!).




..dan aku biarkan 'Sang Pendeta' di situ.. hehehe..



www.tips-fb.com

Dapatkan Magis 'Sang Pendeta' Secara Online Sekarang!

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Assalamualaikum.

Penularan magis 'Sang Pendeta' memasuki bulan kedua. Aku pun sudah memberhentikan penjualan naskah ini walaupun stok masih berbaki empat naskah. Kalau ada yang berminat membeli, sila beritahu aku awal-awal sebelum aku memulangkannya ke gudang PTS.

Selepas ini, penjualan 'Sang Pendeta' akan diserahkan bulat-bulat kepada kedai-kedai buku secara online ataupun nyata. Jika secara online, anda boleh membelinya di www.bookcafe.com.my dan juga www.kedai-buku.com. Sementara itu, aku juga cuba mendapatkan khidmat ujanailmu.com.my bagi menjual naskah ini melaluinya. Insya'Allah segala perkembangan terkini tentang Pendeta Gua Khayalan pasti akan diberitahu kelak.

Aku juga masih ternanti-nanti bagi melihat naskah ini dipamerkan di rak-rak toko-toko buku utama tanahair seperti MPH, Popular Bookstore dan Kinokuniya. Setakat ini masih belum ketemu walaupun pihak pemasaran PTS memberitahu sudah ada pemborong-pemborong yang mengambil 'Sang Pendeta' dari gudang PTS. Jadi, bagi sesiapa yang melihat 'Sang Pendeta' di toko-toko buku, sila beritahu aku, ya! Aku nak 'serang' toko buku tersebut.. hehehe



www.tips-fb.com