Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Penangan Puan Ainon

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Secara tiba-tiba, laman Indera Wangsa ini menerima kunjungan yang luar biasa. Aku begitu terkejut melihat angka musafir yang singgah di Indera Wangsa naik mendadak. Dan carta yang disediakan oleh statcounter.com membuktikan apa yang aku sedari bukanlah mimpi.



Aku pun tertanya-tanya. Apa yang membuatkan Indera Wangsa tiba-tiba dikunjungi ramai? Pasti ada penyebabnya! Pertanyaan itu hanya terjawab tengahari tadi apabila penulis novel sai-fai Virus L (juga bekas teman sepejabat), Suri Mawarne memberitahu yang Puan Ainon (peneraju PTS Sdn Bhd) menyematkan Dunia Indera Wangsa di blognya - www.universitipts.com.



Tidak dinafikan, pengaruh Puan Ainon begitu besar di PTS dan dunia penulisan. Lihat sahaja statistik pada hari Ahad dan Isnin setelah Puan Ainon mempromosikan Indera Wangsa di blognya pada hari Ahad, 22 Nov. Penangan Puan Ainon memang hebat!

Jadi di kesempatan ini, ingin diucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Ainon yang sudi mencanangkan Indera Wangsa kepada peminat-peminatnya. Juga kepada Vovin yang memanjangkan Dunia Indera Wangsa ke pengetahuan Puan Ainon.


www.tips-fb.com