Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






'Sang Pendeta' di MPH Alamanda

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Semalam, salah seorang pembaca Pendeta Gua Khayalan, Kaizar memberitahu dia membeli 'Sang Pendeta' di MPH Midvalley. Kemudian, Attokz pula melaporkan, stok 'Sang Pendeta' di MPH Midvalley hanya tinggal 5 naskah. Disebabkan aku demam hari ini dan cuti sakit, aku singgah di MPH Alamanda (ketika badan masih kehangatan) bagi meninjau magis 'Sang Pendeta'. Ternyata, magis 'Sang Pendeta' sudah berada di situ, 18 naskah kesemuanya.




Aku tak puas hati sebab 'Sang Pendeta' tidak disusun di rak 'Terbitan Terkini'. Jadi, aku ambil beberapa naskah dan meletaknya di rak tersebut (sebelah buku Faisal Tehrani!).




..dan aku biarkan 'Sang Pendeta' di situ.. hehehe..



www.tips-fb.com

5 comments:

On 6 November 2009 11:28 PTG , kaizar berkata...

Wah, strategi menarik lagi hebat... Hehehe... Tadi baru sahaja singgah di MPH Midvalley dan sempat menilik-nilik di mana arah letak buku-buku 'Sang Pendeta'. Sewajarnya saya menggunakan kaedah yang sama supaya lebih ramai yang terkena magis 'Sang Pendeta' seperti saya. Yeah, lawatan kedua nanti akan laksanakan apa yang direncana.... ;)

 
On 7 November 2009 2:02 PG , Odetakhun Jundak berkata...

hehehe.. terima kasih, kaizar! bukan senang nak cari sukarelawan macam nih..

 
On 7 November 2009 2:23 PTG , jon hafkian berkata...

have i told u that the book cover is great? haha....

 
On 7 November 2009 7:08 PTG , Odetakhun Jundak berkata...

setuju dan ya, satu artwork yg hebat drpd roshfaizal - melangkaui apa yg penulis sendiri bayangkan! hahaha..

 
On 24 November 2009 10:40 PG , elaira berkata...

sket nyer hensem posing sebelah ketupat cinta hahahhaha...