Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






1800 Naskah Dipesan

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Hari ini, Vovin menghadirkan maklumat terkini bilangan naskah yang telah dipesan oleh kedai-kedai buku di seluruh negara. Sejak mula dipasarkan ke seluruh negara pada bulan November hingga kini, sebanyak 1800 daripada 3000 naskah Pendeta Gua Khayalan yang dicetak telah pun dipesan dari gudang PTS. Angka ini bagi aku amat memberangsangkan memandangkan genre fantasi masih mentah dan kurang popular pada pembacaan masyarakat kita.

Angka sebenar naskah yang benar-benar terjual masih belum dapat distatistikkan. Analisis naskah yang terjual hanya dapat dikutip setelah enam bulan dalam pasaran. Harapnya angka yang bakal terhasil nanti juga memberangsangkan. Insya'Allah.

www.tips-fb.com

Ahmad Patria dan Roshfaizal

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Aku baru sahaja dipertemukan dengan satu bacaan oleh myownmind di blognya. Beliau begitu 'dengki' kepada aku kerana dua perkara: 1. Saudara Ahmad Patria memberikan mantera pelarisnya dalam Pendeta Gua Khayalan. 2. Ilustrasi kulit Pendeta Gua Khayalan adalah hasil tangan saudara Roshfaizal Ariffin.

Aku hanya tersenyum bila membaca coretan beliau. Sesungguhnya beliau tidak keseorangan, ramai juga yang berperasaan seperti beliau. Namun begitu aku tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana membeli 'Sang Pendeta' yang kini sedang dalam pembacaannya.

Aku mengenali saudara Ahmad Patria (yang lebih mesra kupanggil Abang Pat) sejak di bangku sekolah lagi. Waktu itu, beliau hanya kukenali kerana novel bersiri fantasinya, Saga Artakusiad. Sehinggalah pada tahun 2002, barulah aku benar-benar mengenalinya dan bertemu beliau secara peribadi. Semuanya berlaku melalui artakus.net (sekarang artakus.my).

Pertemuan pertama membawa kepada pertemuan-pertemuan yang seterusnya. Aku sudah dikira sebagai peminat fanatiknya, dan beliau mula mengesan bakat penulisanku apabila membaca cerpen sains fiksyen yang aku tulis sewaktu di sekolah menengah. Dari detik itu, dia mengesyorkan agar aku tidak mensia-siakan bakat yang aku miliki.

Pada mulanya, aku tidak begitu yakin bagi menulis sebuah novel. Namun keyakinan itu hadir juga setelah kali kedua cerpen fiksyen sains yang aku tulis menggondol tempat pertama dalam Pertandingan Cereka Sains Kebangsaan (1996 dan 2005). Bermula detik itulah lahirnya manuskrip Hikayat Lang Surya, yang kini menjadi trilogi Kembara Lang Surya.

Sewaktu manuskrip ditolak oleh penerbit-penerbit novel (termasuk PTS sendiri), Abang Pat adalah insan yang tidak jemu memberi motivasi. Dia membaca manuskrip tersebut dan mencadangkan agar cerita itu dipecahkan kepada tiga buku menjadi trilogi. Pada masa yang sama, dia turut menurunkan ilmu-ilmu berguna dalam bidang penulisan secara formal dan tidak formal kepadaku.

Aku menerima pakai cadangan beliau. Bukan sekadar memecahkan manuskrip tersebut kepada tiga bahagian, namun turut mengolah semula jalan ceritanya supaya lebih banyak konflik dan lebih dramatik. Hasilnya, lahirlah siri pertama Kembara Lang Surya, 'Sang Pendeta'.

Bagi peminat komik dan ilustrasi tanahair pasti mengenail Rosh, atau nama sebenarnya Roshfaizal Ariffin. Aku mengenali beliau juga melalui artakus.my. Di kalangan warga Aurora, beliau juga selalu digelar Karmawizrosh. Kerja tangan beliau mendapat perhatian Abang Pat dan Abang Pat bersetuju menjadikan beliau sebagai ilustrator bagi kulit depan buku ketujuh siri Saga Artakusiad, Legenda Numerius.

Selepas tamat pengajian diploma di MMU Melaka, aku meneruskan pengajian peringkat sarjana muda di MMU Cyberjaya pula. Pada minggu pertama persekolahan, aku menumpang di apartment yang di sewa oleh Rosh di Putrajaya, sementara menunggu permohonan menginap di asrama MMU diluluskan. Dalam seminggu itu, aku melihat sendiri bagaimana tangan kidal Rosh menzahirkan lukisannya yang dipaparkan melalui skrin komputer.

Apabila beliau mengetahui yang aku sudah menyiapkan manuskrip novel sulungku, beliau serta-merta menawarkan khidmat ilustrasi kulit depan kepada aku. Beliau berjanji akan memberikan ilustrasi terbaik untuk manuskrip yang pada awalnya ditolak berulang kali oleh penerbit-penerbit. Dan beliau adalah orang yang paling kecewa dan marah apabila mengetahui manuskrip bergenre fantasi ini ditolak oleh penerbit-penerbit hanya atas alasan - pembaca Melayu belum bersedia membaca novel bergenre fantasi.

Dari tahun ke tahun, Rosh menjadi semakin berjaya. Dari ilustrasi, beliau kini menceburi bidang kesan grafik dalam filem/drama. Beliau mempunyai studio kesan grafik dan animasi sendiri, dan studio yang berusia setahun jagung ini baru sahaja menggondol 'The Most Promising Startup Studio Award' pada majlis MSC Malaysia Kre8tif 2009.

Pada aku, Abang Pat dan Rosh adalah kenalan rapat, juga insan-insan yang tidak pernah jemu memberi nasihat, tunjuk ajar dan pertolongan kepada aku. Aku sangat beruntung dan bersyukur kerana jalan hidup aku berselisih dengan mereka. Jadi janganlah di'dengki'kan dengan penglibatan dua insan ini dalam Pendeta Gua Khayalan. :p

www.tips-fb.com

Geram

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Sewaktu pulang dari bercuti di Langkawi, aku didatangi satu panggilan daripada Linda, bekas teman sepejabat di salah sebuah syarikat IT di Putrajaya. Sebaik sahaja menjawab, dia terus membebel, meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada aku. Rupa-rupanya dia baru sahaja usai membaca 'Sang Pendeta', dan dia berasa geram kerana cerita yang tergantung di akhir naskah.

Semalam, dia meluahkannya pula di blog rasminya. Kegeramannya boleh dibaca di sini.


www.tips-fb.com

Surat Untuk Puan Ainon

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Surat ini diemelkan oleh seorang pengikut 'Sang Pendeta' kepada Puan Ainon (Pengerusi PTS Sdn. Bhd), dan Puan Ainon pula mengambil inisiatif berkongsi dengan pengikutnya di blog beliau. Hanya satu kata yang mampu menzahirkan perasaan aku apabila selesai membaca surat ini... terharu!

*****


Assalamualaikum Puan Ainon,

Puan Ainon, anggaplah email ini sebagai luahan kegembiraan saya kerana dipertemukan dengan Pendeta Gua Khayalan terbitan syarikat puan. Saya baru sahaja menamatkan pembacaan novel fantasi Pendeta Gua Khayalan karya Masdalifadzlie M Saaid.

Untuk pengetahuan puan, ini adalah kali keempat saya menghabiskan pembacaan novel ini. Ya, saya tidak jemu dan saya pasti, saya akan mengulangi pembacaan novel ini dari semasa ke semasa.

Mengapa? Ada beberapa faktor yang membuatkan saya tidak bosan membacanya, walaupun sudah tahu jalan cerita pada pembacaan kedua dan seterusnya.

Faktor utama adalah susunan plot pada setiap bab. Penulis sangat pandai menarik perhatian pembaca dengan menggantungkan cerita pada setiap bahagian akhir bab. Ini membuatkan pembaca tertanya-tanya dan timbul rasa geram untuk mengetahui kesudahannya, menyebabkan muka surat seterusnya diselak tanpa henti. Strategi menulis seperti ini adalah penting untuk menghindarkan rasa bosan kepada pembaca.

Kedua, keindahan lenggok bahasa yang digunakan begitu mengagumkan. Dalam pemerhatian saya, selain Faisal Tehrani dan Ahmad Patria Abdullah, tidak ramai penulis Melayu generasi baru yang berkebolehan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid.

Kita seringkali mendengar ungkapan ‘bahasa itu indah’, namun kebanyakan novel-novel Melayu di pasaran sekarang gagal menonjolkan keindahan yang ada pada bahasa kita.

Sudah lama saya menanti sebuah novel yang dikarang dengan bunga bahasa yang disusun cantik, dan syukur Alhamdulillah, saya ditemukan dengan Pendeta Gua Khayalan. Permainan bahasa penulis walaupun berbunga dan berlenggok, tidak sukar untuk saya fahami bahkan menyenangkan saya menyelami keindahan bahasa Melayu. Novel ini berupaya mendidik anak-anak kita mencintai dan menghargai bahasa ibunda mereka.

Gaya penceritaan dalam novel ini adalah sesuatu yang unik, seolah-olah buku itu sendiri yang bercerita kepada pembaca. Di barat, gaya penceritaan seperti ini telah pun dilakukan oleh Lemony Snicket dalam karyanya, A Series of Unfortunate Events yang telah pun difilemkan.

Sewaktu membaca Pendeta Gua Khayalan, saya seolah-olah bukan membaca, tetapi sedang mendengar cerita yang diceritakan oleh pencerita di dalam novel ini. Saya dapat rasakan, pencerita itu benar-benar berinteraksi dengan saya. Dan hal itu membuatkan saya terjerumus masuk ke dalam dunia Indera Wangsa seawal bab yang pertama lagi.

Novel ini juga menguji imaginasi saya. Pada awalnya, saya membayangkan kehidupan masyarakat nusantara pada kurun ke 15, namun apabila penulis menerangkan Indera Wangsa mengalami iklim empat musim, saya mula mengubah persepsi imaginasi. Mana mungkin pada musim sejuk mereka hanya mengenakan pakaian kapas yang nipis? Daya imaginasi saya juga tercabar apabila membayangkan magis-magis yang dilontarkan oleh watak-watak pendeta.

Saya mendapati penulis benar-benar menstrukturkan pemilihan nama watak dan tempat. Penulis tidak takut menggunakan perkataan Sanskrit dalam pemilihan nama, malah penggunaan tersebut menambah kegemilangan nama yang dipilih.

Watak perempuan misalnya, dimulakan dengan nama bunga yang melambangkan kecantikan dan kelembutan, diikuti oleh kata sifat. Contohnya, Cempaka Suri dan Anggrik Pagi. Bagi nama-nama tempat pula, perkataan puri digunakan bagi melambangkan tempat tinggi seperti gunung dan banjaran, Merapuri dan Tujupuri sebagai contoh. Perkataan pura pula menunjukkan pulau seperti Kepulauan Nilapura.

Saya juga mengesan wujud pendarjatan dalam dialog antara watak berdarjat rendah dengan watak berdarjat tinggi. Sebagai contoh, semua dialog yang diucapkan oleh Lang Surya (watak berdarjat rendah) membahasakan diri sebagai ‘daku’ dan merujuk ibunya (watak berdarjat tinggi) sebagai ‘dikau’, menunjukkan rasa hormat seorang yang berdarjat rendah kepada yang berdarjat tinggi. Begitu juga dalam dialog antara Rimau Seru (anak murid) dengan Singa Tama (guru).

Sebaliknya, dialog yang diucapkan oleh watak berdarjat tinggi kepada watak berdarjat rendah menggunakan ‘aku’ dan ‘kau’, menunjukkan merekalah yang sewajarnya dihormati. Jelas sekali penulis ingin memperlihatkan kehalusan dan kesopanan tatabicara dalam masyarakat di Indera Wangsa.

Penulis menerusi si pencerita dalam novel ini banyak memberi kata-kata dan dialog-dialog berbentuk nasihat, juga ada yang berbentuk motivasi. Ketika watak utama, Lang Surya ditimpa musibah, kata-kata nasihat dan motivasi banyak ditulis dan penyampaiannya berupaya meninggalkan kesan mendalam kepada pembaca.

Kebanyakan cerita yang bagus mempunyai watak utama yang sering ditimpa dugaan dan tidak patah semangat kerananya, bahkan menjadi lebih bersemangat untuk bangkit kembali.

Drama-drama Jepun telah lama menerapkan nilai ini dalam cerita mereka, dan kesannya amat besar kepada bangsa mereka. Hari ini kita dapat lihat, bangsa Jepun adalah bangsa yang pantang menyerah kalah. Mereka sentiasa menjadikan kata-kata perangsang dan motivasi sebagai azimat untuk melepaskan diri daripada sengsara dan seterusnya berjaya dalam hidup.

Faktor terakhir yang dapat saya kesan adalah penerapan nilai-nilai Islam dalam cerita ini. Sememangnya di pasaran semakin menimbun novel-novel Islami, terutamanya terbitan PTS. Tidak dinafikan Pendeta Gua Khayalan bukanlah naskah yang mengangkat isu-isu Islamik dalam penceritaan, bahkan tiada perkataan ‘Allah’ di dalamnya, tetapi nilai-nilai Islamik itu tetap ada.

Apa yang mengagumkan, sebelum membaca novel ini, saya tidak pernah bertemu dengan novel (waima novel Islami sekali pun) yang dimulakan dengan ucapan salam kepada pembaca diikuti terjemahan potongan ayat daripada surah al-Fatihah (surah pembukaan), dan diakhiri dengan terjemahan surah al-‘Asr (surah penutup) diikuti dengan salam kepada pembaca. Indah bukan?

Saya mengharapkan agar lebih ramai bakat penulisan seperti saudara Masdalifadzlie M Saaid dapat dicungkil dan digilap oleh PTS selepas ini. Saya juga ingin merakamkan pujian buat PTS yang berani menerbitkan novel-novel fiksyen sains dan fantasi.

Sebelum ini, saya sering mengayakan penulis-penulis fiksyen sains dan fantasi dari barat. Sekarang tidak lagi, kerana saya punya pilihan karya anak bangsa yang setaraf dengan penulis-penulis barat. Wassalam.

Amirul Hadi

**********

Jutaan terima kasih untuk Amirul Hadi yang sudi memberikan ulasan yang tak tersangka ini.

www.tips-fb.com

myNEWS.com Sah Jual 'Sang Pendeta'

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid



Asalnya, aku hanya menyangka myNEWS.com di Suria KLCC sahaja yang menjual 'Sang Pendeta', tetapi sangkaan aku meleset. Laporan terkini skuad peninjau mendapati myNEWS.com di Giant Batu Caves juga mempamerkan 'Sang Pendeta' di rak jualan mereka. Jadi, dapat disimpulkan, Pendeta Gua Khayalan juga boleh dibeli di semua premis myNEWS.com (selagi stok masih ada).


Ini pula tinjauan oleh skuad peninjau di sekitar Seremban yang diketuai oleh Komander. Gambar ini diambil di myNEWS.com di Giant Senawang. Alhamdulillah, magis 'Sang Pendeta' kini benar-benar melanda seluruh tanahair!

www.tips-fb.com

myNEWS.com di Suria KLCC

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Selain MPH dan Popular Bookstore, laporan peninjau mendapati myNEWS.com di Suria KLCC turut menempatkan 'Sang Pendeta' di rak-rak buku mereka.



Jadi kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Pendeta Gua Khayalan, tetapi tidak berkesempatan menjenguk MPH ataupun Popular Bookstore kerana kesibukan kerja di sekitar KLCC, bolehlah singgah di kedai myNEWS.com di Suria KLCC. Laporan peninjau menyatakan, ada empat naskah yang dipamerkan.

www.tips-fb.com

Mutiara Minda MPH - 09 Disember

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Aku memulakan perjalanan ke Langkawi untuk bercuti hujung tahun pada sebelah pagi, singgah sebentar bersarap di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Selepas mengalas perut, aku membeli Harian Metro namun hanya dibaca setelah menyambung perjalanan yang terhenti.

Memang menjadi kebiasaan, aku memulakan bacaan dari ruangan sukan di belakang ke bahagian depan. Helaian demi helaian diselak, tiba-tiba aku dikejutkan apabila melihat 'Sang Pendeta' menghiasi ruang tengah ruangan Mutiara Minda MPH - sisipan Hati.


Balik dari Langkawi, baru aku punya ruang untuk berinternet. Aku dapat tahu, seorang blogger di Sibu telah membeli 'Sang Pendeta', bersama-sama dengan novel Maaf Dari Sorga (perasaan je aku ni nak disamakan dengan Faisal Tehrani.. hahaha!). Apa-apa pun, terima kasih untuk blogger tersebut yang sudi membeli 'Sang Pendeta'! Catatan beliau ada dicoretkan di sini.


www.tips-fb.com

Novel Kedua

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, laman Indera Wangsa kini berwajah baru. Jenuh juga mencari tema kulit dan warna yang sesuai. Terima kasih kepada adik aku, Dalihanie (salah seorang ilustrator peta Indera Wangsa) yang menyiapkan banner bagi wajah baru Indera Wangsa ini.

Alhamdulillah sekali lagi, pada pagi semalam, editor di PTS Fortuna, saudara Syafiq mengirimkan email yang menyatakan proposal novel kedua aku telah pun diluluskan. Novel kedua ini bukan kesinambungan Pendeta Gua Khayalan, tetapi adalah penulisan semula manuskrip asal Ahmad Patria yang ditulis sekitar 20 tahun yang lampau. 80% jalan cerita asalnya diubah bagi mendapatkan jalan cerita terbaik.

Tajuk bagi novel kedua aku ini adalah 10 Juta Pulu$, bergenrekan fiksyen sains dan komedi. Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan dua orang sahabat bertemu seorang vampira yang tidak dahagakan darah, sebaliknya hauskan jus tomato! Bersama-sama dengan vampira itu, mereka mencari jalan bagi mendapatkan 10 juta pulus sebagai bayaran kepada tuntutan kerajaan.

Maaf sekiranya ada yang sedikit kecewa dengan hasrat aku mendahulukan 10 Juta Pulu$ daripada siri kedua Kembara Lang Surya (KLS). Tapi aku janji, dengan izin Tuhan, aku akan menyambung penulisan siri kedua KLS apabila usai novel 10 Juta Pulu$.

Sebagai godaan kecil, tajuk siri kedua KLS adalah Duyung Pulau Kenchana...

www.tips-fb.com