Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Novel Kedua

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Alhamdulillah, laman Indera Wangsa kini berwajah baru. Jenuh juga mencari tema kulit dan warna yang sesuai. Terima kasih kepada adik aku, Dalihanie (salah seorang ilustrator peta Indera Wangsa) yang menyiapkan banner bagi wajah baru Indera Wangsa ini.

Alhamdulillah sekali lagi, pada pagi semalam, editor di PTS Fortuna, saudara Syafiq mengirimkan email yang menyatakan proposal novel kedua aku telah pun diluluskan. Novel kedua ini bukan kesinambungan Pendeta Gua Khayalan, tetapi adalah penulisan semula manuskrip asal Ahmad Patria yang ditulis sekitar 20 tahun yang lampau. 80% jalan cerita asalnya diubah bagi mendapatkan jalan cerita terbaik.

Tajuk bagi novel kedua aku ini adalah 10 Juta Pulu$, bergenrekan fiksyen sains dan komedi. Secara ringkasnya, novel ini mengisahkan dua orang sahabat bertemu seorang vampira yang tidak dahagakan darah, sebaliknya hauskan jus tomato! Bersama-sama dengan vampira itu, mereka mencari jalan bagi mendapatkan 10 juta pulus sebagai bayaran kepada tuntutan kerajaan.

Maaf sekiranya ada yang sedikit kecewa dengan hasrat aku mendahulukan 10 Juta Pulu$ daripada siri kedua Kembara Lang Surya (KLS). Tapi aku janji, dengan izin Tuhan, aku akan menyambung penulisan siri kedua KLS apabila usai novel 10 Juta Pulu$.

Sebagai godaan kecil, tajuk siri kedua KLS adalah Duyung Pulau Kenchana...

www.tips-fb.com