Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Vampira di PWTC!!!

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid




www.tips-fb.com

Warna-Warni Pelancaran 10 Juta Pulu$ - Bhgn 1

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


Sedang memberikan ulasan ringkas tentang 10 Juta Pulu$. Lelaki bertopi adalah direktor filem terkenal, Mamat Khalid yang merasmikan Pelancaran 10 Juta Pulu$, Karipap-Karipap Cinta dan Stingarden.

Gambar kenang-kenangan bersama Mamat Khalid.

Fadli al-Akiti, penulis Saga Horizon membacakan fragmen novel 10 Juta Pulu$.

Sedang diwawancara, bukan di'sawan'cara.

www.tips-fb.com

Warna-Warni Pelancaran 10 Juta Pulu$ - Bhgn 2

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


Menurunkan tandatangan pada buku 10 Juta Pulu$ dan Pendeta Gua Khayalan yang dibeli oleh Fadli al-Akiti.

Peminat sekeluarga yang datang dari Kg. Nakhoda, Batu Caves


Seorang peminat sedang mendapatkan tandatangan pada 10 Juta Pulu$

Bersama mantan rakan sekerja, Khirul - asal nama watak 'Kirol' yang digunakan dalam novel 10 Juta Pulu$

'Sarjan Loh Mak' juga tidak mahu ketinggalan mendapatkan tandatangan

Bersama srikandi-srikandi Kelab Aurora (Kelab Peminat Saga Artakusiad, karya Ahmad Patria Abdullah)



www.tips-fb.com

PBAKL 2010, 21 Mac

Filed under: , , by: Masdalifadzlie M Saaid


Dijemput memberikan ucapan promosi di Pentas Aktiviti PTS



Gambar kenangan bersama Pengerusi Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd.



Dua novel humor keluaran PTS Fortuna, 10 Juta Pulu$ dan Karipap-Karipap Cinta. Berbaju hitam adalah Nazri M Annuar aka Vovin, penulis Karipap-Karipap Cinta.



Seorang peminat datang mengambil tanda-tangan.



Jangan lupa datang ke Booth PTS di PWTC pada 28hb Mac ini, jam 2 petang bagi memeriahkan Majlis Pelancaran 10 Juta Pulu$

www.tips-fb.com

Sang Pendeta di PWTC, 21 Mac 2010

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid




Temui penulis Kembara Lang Surya: Pendeta Gua Khayalan di PWTC, Dewan Tun Razak 2 [klik] pada 21hb Mac 2010. Dapatkan 'Sang Pendeta' pada harga diskaun! Dapatkan tandatangan daripada penulis! Peminat bertuah akan diberikan poster 'Sang Pendeta'!

Tempat: Booth PTS [klik]
Waktu: 11 pagi - 1 tengahari
Acara: Hari Bertemu Pelanggan Bersama PTS Fortuna

www.tips-fb.com

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Filed under: , , , , by: Masdalifadzlie M Saaid



Maklumat lanjut.







Semalam, aku menerima jemputan secara rasmi daripada PTS Fortuna bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 nanti. Pada 21hb Mac, aku dan penulis-penulis PTS Fortuna yang lain akan berada di booth PTS bagi menjayakan majlis Hari Bertemu Pelanggan PTS Fortuna bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari. (Rujuk jadual di atas). Untuk waktu ini, aku akan tumpukan kepada promosi novel KLS: Pendeta Gua Khayalan. Bagi yang membeli 'Sang Pendeta' pada hari tersebut, ataupun mereka yang sudah membeli dan inginkan tandatangan, bolehlah datang ke booth PTS mencari aku. :p

Pada 28hb Mac pula, akan diadakan satu majlis pelancaran novel humor 10 Juta Pulu$ dan Karipap-Karipap Cinta juga bertempat di booth PTS, bermula jam 1 tengahari hingga 3 petang. (Rujuk jadual di atas). Kali ini, aku berikan tumpuan mempromosi novel humor aku, 10 Juta Pulu$. Namun begitu, jika masih ada pembeli 'Sang Pendeta' yang inginkan tandatangan, tiada masalah untuk aku turunkan. ;)





Rajah di atas pula bolehlah dijadikan rujukan bagi sesiapa yang tidak tahu ataupun tidak pasti di manakah letaknya booth PTS. (Klik rajah untuk pembesaran). Ingat, booth PTS terletak di seberang sungai. Jangan khuatir, anda semua boleh menyeberangi sungai tersebut walaupun tiada sampan disediakan (Ada jambatan penghubung antara bangunan utama PWTC dengan Dewan Tun Razak 2)

Akhir kata, jemput datang beramai-ramai!

www.tips-fb.com

PWTC : 28 Mac 2010 : 1-3ptg

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


Gambar ini diambil dari laman mikro PTS, Pesta Buku Antarabangsa KL 2010.


Pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 nanti, bertempat di PWTC - 28 Mac 2010, jam 1 tengahari hingga 3 petang, majlis pelancaran dan prebiu novel 10 Juta Pulu$ akan diadakan. 10 Juta Pulu$ akan dilancarkan bersama novel humor Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M Annuar yang juga dikenali sebagai Vovin.

Dengan penuh rasa rendah diri, aku ingin menjemput semua penggemar novel datang meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menunjukkan perkembangan novel humor khasnya, dan novel-novel selain cinta umumnya.

www.tips-fb.com

Kembali Kepada 10 Juta Pulu$

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid





Zombie lembab terhegeh-hegeh yang menakutkan.
Puntianak kacak yang dapat memanjat pokok dengan pantas sambil membawa gadis cantik di belakangnya.
Makhluk asing berkulit biru tinggi menggalah dan tidak cukup baju.
Semuanya tiada kena-mengena dengan cerita ini.
Ini cuma cerita biasa.
Ada protagonis kurus, gemuk, sebuah robot yang suka menggodam dan puntianak yang suka 'Flussig die Tomate'.
Mereka tidak menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing yang tidak 'begitu asing'.
Malah, mereka juga tidak cuba menyelamatkan gadis cantik daripada puntianak yang hauskan darah ataupun serigala jadian yang marah kulitnya dijadikan beg Prada.
Musuh mereka cuma kapitalis tamak.
Ceritanya biasa-biasa sahaja, bukan?


Nota: Blurp ini disediakan oleh Zaki Zainol, penulis novel bersiri Takluk Jagat.

www.tips-fb.com

No-Kremalik

Filed under: , , by: Masdalifadzlie M Saaid



No. ISBN dan tanda harga 10 Juta Pulu$


Setelah dua buku dihasilkan bersama PTS Fortuna, kini aku mendapat idea bagaimana mahu memikat hati pembaca terutamanya pembaca yang kurang gemar karya selain cinta (tidak mengira lelaki ataupun perempuan). Ini adalah salah satu daripadanya.

Dua naskah pertama ini (Pendeta Gua Khayalan dan 10 Juta Pulu$) dijual dengan harga RM14 setiap satu, dan strategi menjual novel dengan harga murah ini aku namakan Novel Kos Rendah Mampu Milik (No-Kremalik). Insya'Allah novel-novel seterusnya juga akan ditulis berdasarkan konsep No-Kremalik.

www.tips-fb.com