Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






PWTC : 28 Mac 2010 : 1-3ptg

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


Gambar ini diambil dari laman mikro PTS, Pesta Buku Antarabangsa KL 2010.


Pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 nanti, bertempat di PWTC - 28 Mac 2010, jam 1 tengahari hingga 3 petang, majlis pelancaran dan prebiu novel 10 Juta Pulu$ akan diadakan. 10 Juta Pulu$ akan dilancarkan bersama novel humor Karipap-Karipap Cinta karya Nazri M Annuar yang juga dikenali sebagai Vovin.

Dengan penuh rasa rendah diri, aku ingin menjemput semua penggemar novel datang meramaikan dan memeriahkan majlis tersebut. Semoga dengan kehadiran anda semua dapat menunjukkan perkembangan novel humor khasnya, dan novel-novel selain cinta umumnya.

www.tips-fb.com