Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Kembali Kepada 10 Juta Pulu$

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid





Zombie lembab terhegeh-hegeh yang menakutkan.
Puntianak kacak yang dapat memanjat pokok dengan pantas sambil membawa gadis cantik di belakangnya.
Makhluk asing berkulit biru tinggi menggalah dan tidak cukup baju.
Semuanya tiada kena-mengena dengan cerita ini.
Ini cuma cerita biasa.
Ada protagonis kurus, gemuk, sebuah robot yang suka menggodam dan puntianak yang suka 'Flussig die Tomate'.
Mereka tidak menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing yang tidak 'begitu asing'.
Malah, mereka juga tidak cuba menyelamatkan gadis cantik daripada puntianak yang hauskan darah ataupun serigala jadian yang marah kulitnya dijadikan beg Prada.
Musuh mereka cuma kapitalis tamak.
Ceritanya biasa-biasa sahaja, bukan?


Nota: Blurp ini disediakan oleh Zaki Zainol, penulis novel bersiri Takluk Jagat.

www.tips-fb.com