Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






No-Kremalik

Filed under: , , by: Masdalifadzlie M Saaid



No. ISBN dan tanda harga 10 Juta Pulu$


Setelah dua buku dihasilkan bersama PTS Fortuna, kini aku mendapat idea bagaimana mahu memikat hati pembaca terutamanya pembaca yang kurang gemar karya selain cinta (tidak mengira lelaki ataupun perempuan). Ini adalah salah satu daripadanya.

Dua naskah pertama ini (Pendeta Gua Khayalan dan 10 Juta Pulu$) dijual dengan harga RM14 setiap satu, dan strategi menjual novel dengan harga murah ini aku namakan Novel Kos Rendah Mampu Milik (No-Kremalik). Insya'Allah novel-novel seterusnya juga akan ditulis berdasarkan konsep No-Kremalik.

www.tips-fb.com