Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Pesta Buku Antarabangsa KL 2010

Filed under: , , , , by: Masdalifadzlie M Saaid



Maklumat lanjut.







Semalam, aku menerima jemputan secara rasmi daripada PTS Fortuna bagi memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 nanti. Pada 21hb Mac, aku dan penulis-penulis PTS Fortuna yang lain akan berada di booth PTS bagi menjayakan majlis Hari Bertemu Pelanggan PTS Fortuna bermula jam 11 pagi hingga 1 tengahari. (Rujuk jadual di atas). Untuk waktu ini, aku akan tumpukan kepada promosi novel KLS: Pendeta Gua Khayalan. Bagi yang membeli 'Sang Pendeta' pada hari tersebut, ataupun mereka yang sudah membeli dan inginkan tandatangan, bolehlah datang ke booth PTS mencari aku. :p

Pada 28hb Mac pula, akan diadakan satu majlis pelancaran novel humor 10 Juta Pulu$ dan Karipap-Karipap Cinta juga bertempat di booth PTS, bermula jam 1 tengahari hingga 3 petang. (Rujuk jadual di atas). Kali ini, aku berikan tumpuan mempromosi novel humor aku, 10 Juta Pulu$. Namun begitu, jika masih ada pembeli 'Sang Pendeta' yang inginkan tandatangan, tiada masalah untuk aku turunkan. ;)





Rajah di atas pula bolehlah dijadikan rujukan bagi sesiapa yang tidak tahu ataupun tidak pasti di manakah letaknya booth PTS. (Klik rajah untuk pembesaran). Ingat, booth PTS terletak di seberang sungai. Jangan khuatir, anda semua boleh menyeberangi sungai tersebut walaupun tiada sampan disediakan (Ada jambatan penghubung antara bangunan utama PWTC dengan Dewan Tun Razak 2)

Akhir kata, jemput datang beramai-ramai!

www.tips-fb.com