Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






'Sang Pendeta' di Wikipedia

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid



Terima kasih kepada PTS kerana mengambil inisiatif me'wiki'kan 'Sang Pendeta'. Anda semua dijemput menambah info-info ke dalam laman wiki 'Sang Pendeta'.


www.tips-fb.com

Pesta Buku MPH SACC, Shah Alam

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


*Petikan ini diambil dari laman maya PTS.com.my

Tarikh: 19 Jun - 19 Jun • 12:00 tengah hari hingga 5:00 petang
Tempat: Ruang Legar SACC Mall, Shah Alam

Penuhi masa cuti sekolah anak-anak anda bersama kami. Acara yang sudah diatur di Pesta Buku MPH SACC, Shah Alam adalah seperti berikut:

Fantastik Fortuna!

Temui krew PTS Fortuna Sdn. Bhd. pada 19 Jun 2010, hari Sabtu di ruang legar SACC Mall, Shah Alam.

Bermula jam 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang.

Beramah mesra dengan para penulis PTS Fortuna seperti Tuan Nazri M.Annuar, Tuan Nuriazam Ismail, Tuan Masdalifadzlie M. Saaid dan ramai lagi.

Acara terus bersambung dengan Pertandingan Mewarna PTS.

Bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang.

Kepada adik-adik yang berminat boleh sertai pertandingan ini pada tarikh, masa dan tempat yang tertera di atas.

www.tips-fb.com

10 Juta Pulu$ di Wikipedia

Filed under: by: Masdalifadzlie M Saaid


Tidak terjangkakan [klik di sini]. Usaha terbaru daripada pihak PTS menyiarkan buku-buku terbitan mereka melalui Wikipedia sangat terpuji dan disokong. Sejunjung terima kasih buat mereka yang merealisasikan usaha ini. Harapnya selepas ini 'Sang Pendeta' juga dimasukkan ke dalam Wikipedia.

www.tips-fb.com