Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Sastera Kepahlawanan

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid


Sumber dari portal PTS

Pengurus Penerbitan PTS Fortuna, Tuan Faizal Mukhtar memberi tips-tips kepada bakal-bakal penulis sastera pahlawan.

Setiap bangsa di dunia mempunyai pahlawannya tersendiri. Komik serta filem dari luar negara telah melahirkan hero dalam setiap bidang dan sektor bagi meningkatkan semangat juang bangsanya.

Menurut Pengerusi PTS, Puan Ainon Mohd, Malaysia memerlukan heronya sendiri yang mampu menjadi lagenda serta dapat mendefinasikan jati diri dan menjadi pimpinan yang bagus untuk bangsa.

"Malaysia memerlukan pahlawannya yang tersendiri. Di Malaysia kita kekurangan hero yang boleh kita jadikan lagenda. kita mahu lahirkan hero Malaysia yang mampu memimpin bangsa," jelas Puan Ainon dalam bengkel Sastera Pahlawan yang dianjurkan oleh PTS Fortuna Sdn Bhd.

Penulis lama dan baru yang hadir dalam bengkel anjuran PTS Fortuna Sdn Bhd ini juga berpeluang mendengar panduan-panduan berharga oleh Pengurus Penerbitan PTS Fortuna, Tuan Faizal Mukhtar.

Tuan Faizal yang mengendalikan bengkel tersebut menerangkan secara khusus keperluan dan matlamat dalam menghasilkan genre sastera pahlawan ini kepada penulis-penulis yang hadir.

Bengkel yang diadakan pada 31 Julai lalu memberi peluang kepada bakal penulis PTS bagi menghasilkan karya sastera pahlawan yang mampu melahirkan wira dalam masyarakat Malaysia sekaligus menjadi pahlawan kepada bangsanya.

Bengkel yang diadakan di ibu pejabat PTS ini juga diadakan bagi mendedahkan dan memberi penerangan kepada bakal penulis tentang rasional mewujudkan buku berkaitan sastera kepahlawanan ini lantas melahirkan karya sastera pahlawanan yang mampu mejadi sebutan dan boleh dikenang dalam jangka masa panjang.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Editor-editor PTS Fortuna Sdn Bhd antaranya, Tuan Mohd Zaki Zainol, Tuan Syafiq Zulakifli dan Tuan Haeqal Zulqarnain.

Bengkel penulisan ini mampu membuka ruang yang luas kepada penulis-penulis yang berminat menghasilkan karya genre sastera pahlawan.


www.tips-fb.com