Alhamdulillah, pujian tertinggi untuk Tuhan sekalian alam. Atas keizinan-Nya, penulisan manuskrip siri kedua Kembara Lang Surya, dengan judul Duyung Pulau Kenchana berhasil ditamatkan pada hari ini. Manuskrip ini bakal memasuki proses penyuntingan awal oleh penulis sendiri, sebelum dihantar kepada editor.
Jumlah halaman masih dirahsiakan, kerana dalam proses penyuntingan awal nanti, kemungkinan besar ada pertambahan muka surat. Secara kasar, dapat diungkapkan bahawa Duyung Pulau Kenchana, halamannya nyaris mendekati angka 400. Insya-Allah.
Terima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang proses penulisan. Ayuh, sama-sama kita doakan agar karya ini menjadi satu karya yang wajib dimiliki oleh ulat-ulat novel. Amin.



