Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Berita Terkini

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid

Terlalu lama tidak mengemaskini laman blog. Satu demi satu cerita berlalu tanpa sempat dikongsikan di sini. Ayuh, kuceritakan satu hal yang mungkin membuat anda mengeluh dan geram.
Hal itu, tidak lain tidak bukan adalah perihal Duyung Pulau Kenchana. Penerbitan Sang Duyung buat masa ini terpaksa ditangguhkan kerana pihak Pemasaran tidak begitu yakin dengan genre fiksyen fantasi (fikfan). Kenyataan mereka disokong oleh stok Sang Pendeta yang masih berbaki 900 di gudang mereka sedangkan tempoh jualan telah menlangkaui 12 bulan.
Maka bagi meyakinkan mereka, saya hadirkan ke hadapan mereka sebuah proposal, yang menjadi jurucakap saya tentang rencana Dunia Indera Wangsa.
Apakah rencana Dunia Indera Wangsa? Mungkin lain hari saya akan buka rahsianya. Tapi sementara itu, sama-sama kita berdoa agar proposal Dunia Indera Wangsa dicintai oleh mereka pada mesyuarat seterusnya, sekaligus meluluskan penerbitan Sang Duyung. Insya-Allah.

*Mungkin saya perlu dapatkan 1000 tandatangan yang mahukan Sang Duyung kut?

Published with Blogger-droid v1.6.7

www.tips-fb.com