Wakaf Novel
Anda sukakan novel saya? Kongsikan apa yang anda baca sambil beramal. Dengan RM50, anda boleh mewakafkan 2 naskah Pendeta Gua Khayalan dan 2 naskah 10 Juta Pulus kepada mana-mana perpustakaan sekolah ataupun rumah anak-anak yatim pilihan anda. Jika berminat, emailkan kepada saya di masdalifadzlie@gmail.com dengan tajuk 'Projek Wakaf Novel' bagi mendapatkan info lanjut.


Beli Novel
Anda juga boleh membuat pesanan bagi novel-novel di atas dengan menghantar email bertajuk 'Pesanan Novel' ke masdalifadzlie@gmail.com. Sila nyatakan judul novel dan jumlah pesanan. Harga senaskah adalah RM10 (tidak termasuk RM4 harga pos untuk setiap naskah). Setiap naskah yang dipesan akan disertakan tandatangan penulis.






Duyung Pulau Kenchana diterbitkan dalam bentuk eBook

Filed under: , by: Masdalifadzlie M Saaid

Assalamualaikum semua,

Sukacita dimaklumkan, naskah kesinambungan Pendeta Gua Khayalan, berjudul Duyung Pulau Kenchana bakal menemui peminat Kembara Lang Surya selewat-lewatnya sebelum Aidilfitri ini(harapnya lebih awal). 'Sang Duyung' akan dijual secara online berbentuk eBook dan harga yang ditetapkan adalah RM15 (RM18 bagi bayaran melalui Paypal). Saya gagaskan agar menyertai saya di Facebook kerana segala pengumuman terkini akan diwar-warkan di sana. Doakan semuanya berjalan lancar menuju tarikh kelahiran 'Sang Duyung'. Amin.

Ikhlas,
Masdalifadzlie M Saaid

www.tips-fb.com